30.1.11


makin kita tua, makin kita banyak berfikir... makin kita rasa hidup ini lebih kompleks... makin rasa susahnya mau memahami suatu komuniti... makin banyak dugaan... dan makin makin makin makin bagi segala bagai permasalahan yang lain, umur adalah satu angka yang bermasalah bila kita bercakap mengenai soal pemikiran dan tingkah laku.

masa kecik: buat ini itu no hal. sbb masih kecik. orang kata, budak2, biasala tu nakal2 sikit. baru nak kenal dunia kan?
da sekolah: adoi!!!kene cubit sbb wat salah. kire betul la tu kan sbb itu salah satu cara nk disiplinkan kita dan jadikan kita orang yang berguna.
masuk U: jaga diri elok2 ye. jaga nama baik keluarga. jangan lupa belajar sampai dapat segenggam ijazah. buat salah pun orang hanya tegur. da tada pukul2
da keje: buat salah sikit, orang akan kata ‘ mak ai, da tua2 pun tatau nk pk ke?’ ‘xmatang betol’..bla bla bla..

betul kan?

dan…

dalam bermasyarakat, bukan ada satu jenis manusia sahaja. berjuta!..ada kadang2 yang simple, kompleks, mudah bergaul, unik, suka hasad dengki, suka berfikiran negatif, suka menyindir, suka menasihati, suka menyendiri, suka buat hal, suka ambil mudah, suka ambil berat, suka menolong dan banyak lagi. kita yang mana satu? ok sy mengaku sy jenis yang banyak negatif. sy susah nk bergaul (inferioriti kompleks kot) dan kompleks. sy rasa sy suka mengkomplekskan pemikiran saya sendiri. itu masalah dalaman. kadang2 terzahir juga. mungkin juga sy jenis orang yang suka amek mudah. dan juga susah nk fokus terhadap satu2 benda. suka sangat menerawang jauh. lepas fikiran da pusing satu dunia barula sampai malaysia balik. haha..sy cuba belajar lebih fokus ok lain kali (esp isu2 tertentu)..haha..ada dulu kawan saya komen, kalo isu akademik ingat je, tapi isu sosial kemasyarakatn ni, susah betul saya nk ingat or bagi perhatian. haha..betul kot sy suka berangan. kah kah kah..

tapi yang pastinya, macam mana diri anda sekalipun, anda juga harus faham bahawa tidak semua orang yang akan memahami tingkah laku anda. fikiran anda. hanya kita yang memahami diri kita. dan tidak mudah untuk kita puaskan hati semua pihak. akan ada yang terasa hati. akan ada juga yang membenci. tapi, itulah masyarakat. toleransi itu penting kerana kita faham frasa ‘setiap manusia itu berbeza’..ada kala kita sendiri yang terasa hati. adakala kita yang menyakitkan hati org lain tanpa sedar. tetapi, jika masing2 sedar dan merawat hati sendiri, lebih terbuka dan lebih bertanggungjawab, insyaAllah, kita dan orang lain juga akan gembira untuk hidup bersama2. kan?

p/s: baru 24 tahun. tapi banyak nya yang telah diperhatikan.hm..