25.7.16

blues untuk kanong

ada masa kita rasa mustahil untuk sesuatu perkara itu berlaku, sampai kita lupa Allah mampu jadikan ianya berlaku begitu sahaja...

tidak tercapai akal kita bagaimana masa dan situasi boleh membenarkan sesuatu terjadi, sedang kita lupa Allah sebaik-baik perancang.

kita akan tergamam dengan kekuasaan serta kebijaksanaan Allah yang menentukan segala nya...cuma tidak terfikir ke situ

pun begitu tidak bermakna kita berserah sahaja pada ketentuan nya. mestilah ada usaha, biar pasrah namun jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah...

kalau kita inginkan kebaikan pasti tuhan akan datangkan orang yang bermanfaat mendekati kita.. untuk berada di sekeliling kita.

perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik... mungkin aku pernah baik, tapi tidak sekarang.

Tuhan lebih mengetahui siapa yang selayak nya untuk hamba nya.



semoga dipermudahan...in sya Allah


*i respect people the way they are.. i appreciate people the way they deserved... i care people the way they should and i treasure all the good things people do to me...

No comments:

Post a Comment