27.12.10

aduh Taubat ...

pagi ni aktiviti tiada, mamak suruh pigi rumah makcik ambil something, sampai jak terus kena suruh jaga budak sebab orang rumah mau kuar jalan...jaga budak ni susah juga ehh~ lebih-lebih budak-budak yang lum tau apa-apa, ni kes aku masa jaga anak buah pagi tadi..


nama dia Fatin.. umur kurang pasti tapi sudah tadika, yalah memang la Fatin sudah bertadika... Tapi dekat Tadika Kemas tuh, aku tengok komprehensif pengajarannya.. Balik2 ajar huruf. Balik2 ajar nombor. Warna gambar. Menyanyi. Melukis... jadinya aku ambik inisiatif sendiri, cuba ajar membaca pulak pagi ni dekat dia..


“kak,cuba eja B.U.K.U”

“B.U Bu, K.U Ku”

“apa bunyinya?”

“bunyi? Bunyi sama dengan ejala?”

“yalah... Kakak eja bunyi apa tadi?”

“B.U Bu, K.U Ku… bunyi sama dengan eja?”

“yalah kakak... betul la ejaanya tu... B.U Bu, K.U Ku.. jadi, bunyinya?”

“B.U Bu, K.U Ku…. bukan bunyi IBU ka?”

“bukan la... Ibu ejanya lain.”

“abis tu, B.U Bu, K.U Ku bunyi apa la?”

“Bunyinya sama la dengan yang kakak eja tuh. Sebut jak la bunyi yang kakak sudah eja tuh... Cubak lagi.”

“B.U Bu, K.U Ku…… bunyi sama dengan eja…. hurmmmm… kakak tidak mau sebut BUKU…….”

“Kenapa tidak sebut BUKU?”

“Sebab B.U Bu, K.U Ku bukan BUKU… bunyi lain………..”

Ok… katakan la kan, dia dah betul dapat sebut BUKU…… bila jumpa perkataan baru misalnya, BAKU….. dia akan sebut juga BUKU…… aku dan yang lain selalu hilang sabar. Hilang sabar bukan sebab apa, si kakak boleh sudah menggeja, tapi dia masi tidak boleh baca… *sigh*

Taubat aku mau jadi cikgu ni!

2 comments: