21.8.10

Story about Dota [ dedicate post ]




Dota..apa tu?bunyi macam keropok rota jak kan?..hehehe..DotA sebenarnya ialah sebuah permainan keluaran blizzard entertainment yang popular diseluruh dunia. Game ini ialah costume game dari Warcraft.Game ini ialah game strategi, jadi kalau mau main mestilah la atur strategi baru boleh menang. Dota ni setaraf dengan game-game lama macam Counter-Strike dengan Starcraft. Siapa yang tidak kenal dengan Counter Strike, game famous masa kamu kecik-kecik dulu sampai la sekarang masih popular lagi game tu sampai dekat World Cyber Game pun dah jadi game rasmi mereka.

[Sejarah]


Sejarah Dota ni bermula pada tahun 2003 apabila pembuat costume map Dota, Eul’s memperkenalkan map “Defence of The Ancient”. Kemudian seorang lagi ­developer Steven Feak [a.k.a Guinsoo] memperkenalkan Allstars yang popular sampai la ke hari ini. Feak menambah berbagai-bagai benda kedalam Allstars antaranya resipi barang-barang dan Roshan [a.k.a Roslan]. Selepas versi 6.01, Feak menyerahkan Allstars kepada pengurusan baru iaitu Icefrogs [KatakAis] yang kekal sehinggalah ke hari ini.

KatakAis



Dota juga mempunyai laman web rasmi iaitu www.playdota.com. Pemain dari seluruh dunia boleh melawat ke laman web ini untuk mengetahui perkembangan terbaru tentang map DoTA dan info-info terkini dari Icefrogs.

Pada tahun 2005, Dota telah dimasukkan kedalam senarai dalam pertandingan Malaysia and Singapore World Cyber Games dan pada tahun 2006 pula, World Cyber Games Asian Championships turut memasukkan Dota kedalam senarai mereka.

WCG

[Evolusi]

Dari dulu hingga kini, Dota telah mengalami berbagai evolusi dari segi karakter, item dan penampilan peta. Kalau dulu, map tidak ada warna sangat, tidak colouring orang cakap. Tapi sekarang sua semakin menarik. Untuk versi 6.65,kalau korang bunuh Roshan, pemegang Aegis akan dapat topi santa claus dekat kepala hero diorang. Topi ni special untuk Chrismas sebab map ni di-release masa Chrismas akan datang. Dota sentiasa mengalami evolusi dan tidak akan berhenti.

Cube tengok map yang lama sampai la sekarang(6.68)

versi 5.84

versi 6.27b
versi 6.29b

versi 6.36

versi 6.55

versi kartun

versi 6.68

[Addicted]

Tak dinafikan Dota boleh menjadikan seseorang tu untuk addicted sampai boleh main berjam-jam lamanya. Adakala sampai 124 jam tanpa henti main Dota pengalaman ku hehehe. Tapi kalau diikutkan, game lain pon boleh menyebabkan seseorang tu ketagih untuk bermain macam Ragnarok, FarmVille, dan bermacam-macam lagi la. Yang penting terpulang kepada kita untuk mengawal diri sendiri.

[Video]

Bawah ni aku letak beberape link kalau korang mau tengok pro-pro main Dota macam mana..harap mau jadi pro macam diorang hehe

Luck Is No Excuse

Genoside Dota

Witchcraft

[Gambar]



Orang kata gambar menceritakan seribu perkataan kan. Jadi korang tengoklah gambar yang aku ambik dari Google dengan Deviantart ni. Enjoy...







1 comment:

  1. aku main kejap ja DOta ni. best tapi pening.
    aku lagi suka game perang macam COD.

    ReplyDelete