24.1.10

(-.-")

Kalah!! kekalahan pertama malam ni hehe..bosan,banyak bosan Alt+tab update blog :D

dan bermula dari sini,banyak duduk termenung..dan banyakla aku flash back balik semuanya...cuma....
"Minggu ni jK, puas uda aku kembara silaturrahim. Biasalah, macam-macam kenduri,cukur jambul,doa selamat dan banyakla... paling banyak kenduri kawin.. Satu tarikh boleh sampai puluhan kenduri. Paling best kenduri kawinlah. Boleh ada jejak kasih sekali. Yelah, bayangkan masa tu hampir semua kaum kerabat boleh berkumpul, dari utara sampai keselatan. Yang bertahun tak jumpa, boleh sampai berpelukkan dan menitis air mata. Samping seronok meraikan pengantin tentu terharu sebab masing-masing masih ada hayat untuk bertemu kembali.
Masa ni jugalah sesi bertanya khabar dan tanya-tanya peribadi bergema disana sini. Ada waktu ia biasa dan tidak apa-apa..namun ada tikanya..soalan-soalan itu seakan err.er..macam satu belati yang menusuk hati dan jua sanubari..

Pada yang bujang:
“ha, kau bila lagi mau ada pasangan ni,. malu ka tidak laku?

Pada yang dah bertunang
“ sampai bila, jangan kasi lama nanti disambar orang..padan dengan muka

Pada duda dan janda
“pasal lama sekali sepi ni tidak gersang ka?”

Pada yang dah kawin
“ni bila lagi mau berisi ni, tidak pandai main ka?

Pada dah ada cahaya mata seorang
“bila mau tambah lagi..tidak kan tidak tau buat

pada mak ayah
“orang sudah terima menantu, bila kau pula. Kenapalah anakmu tidak laku lagi ya

Pada atuk nenek
“wah bila mau tambah cucu? Tidak banyak keturunan la nanti

Begitulah.. ada ketikanya jawapan mudah diberi. Tapi ada waktunya. Jawapan itu bagaikan perangkap pada diri. Jawapan itu akan disoal lagi.. dan lagi..justeru kekuatan dan ketabahan hati amat diperlukan, demi hubungan silaturrahim yang harmoni…

Bayangkan sibujang yang berusia diusik kenapa tidak kawin, tidak lakuka, tidak mampuka, tidak ada orang mauka… eeerkkk

Bayangkan yang dah kawin bertahun-tahun tapi masih tidak punya cahaya mata.. ditanya,disakat.. tidak powerlah, tidak pandai ‘main’lah. Mandullah, bagus kawin lagi satulah.. akhirnya yang menyakat tidak rasa bersalah tapi yang disakat balik bergaduh besar.
Begitulah hidup ini, kadangkala perkara yang asalnya tidak menjadi persoalan dan masalah boleh menimbulkan rasa kurang enak dihati jua disanubari..zzz

Sebab itu kalau aku di suruh menghadiri kenduri kendara. ..kadang-kadang aku malas mau pergi..kalau pigi pun aku malas mau duduk sana lama-lama,dan kalau di sana pun tidak pernah ingin duduk lama-lama dengan satu kumpulan,. Aku akan bergerak kesana, sini, kesinun.. supaya sedikit kata-kata, sedikit ‘rahsia’ peribadi yang dikongsi dan sedikit ‘bahasa’ yang didengar Seandainya tidak,pasti akan ada hati yang terluka. Samada yang kena tanya atau yang bertanya..pokoknya malasla.

Moralnya, jagalah mulut bila kita berkumpul begini. Ada masanya soalan-soalan yang ditanya biasa pada orang yang bertanya, tapi kepada yang kenak tanya. Mungkin ia suatu yang sangat sensetif. Kita orang melayu kaya dengan bahasa yang indah dan seni. Gunakanlah ia agar dapat menjadi jambatan silaturrahim, bukan sebagai pemutus ukhwah.

Malah dalam Islam, kalau banyak bicara banyak,banyak ngomongnya yang mengundang bencana, diam itu emas.
Jadi jagalah mulut, berfikir sebelum bercakap, bukan lepas bercakap baru lutut atau otak berjalan. Gerak akal baru lidah. Jadi hubungan akan lebih mesra dan berpanjangan.

Datang majlis orang biarlah kita tahu membawa diri,. Jaga lidah, jaga mata, jaga tutur bicara. Jangan semua boleh kita jadikan bahan untuk bercerita. Ada waktunya sikap kita itu hanya mengundang kebencian orang.

Pujangga ada menyebut. Hirislah sepotong ayat dan ia akan berdarah. Maksdnya..er..er..lebih kurang, jagalah kata-kata agar tidak membuat hati orang lain terluka. Banyak bencana terjadi akibat lidah yang tidak dijaga. Pujangga arab berkata bahawa lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Maka ketahuilah oleh kita, lidah yang panjangnya Cuma 3 inci boleh menumbangkan manusia setinggi 6 kaki.

Jadi, fikir dengan zikir. Akal dulu baru lidah…

Aku malas kalau kalah dota..kacau fikiran,mesti alt+tab lagi..

aku.penat.aku.letih.aku.kecewa.aku.bosan.aku.megantuk.aku.keluar.isap.rokok. (-,-')

No comments:

Post a Comment