10.3.10

Kehidupan ?


mungkin ramai yang terfikir akan kehidupan hanyalah satu medium untuk kita beramal dan berjaya di dunia dan di akhirat. dan ramai yang nampak ianya satu jalan yang sama. tapi. bagi aku tidak. cara aku adalah cara aku. dan tidak akan aku ubah melainkan kehendak hatiku. biarpun termaktub jalan kemusnahan depan ku. akanku tempuh kalau itu yang aku mahukan. sebab yang membezakan aku dan kau adalah jalan yang kita pilih. kerana bagi aku

"biar rebah merempuh,dari tegak bertimpuh"

jadi mengapa perlu aku pilih jalan kau? hebatkah jalan kau untuk kau tahu penghujungnya? mungkin jika kau sedar hujung jalan kau, kau tidak akan pernah berjalan langsung dalam litar kehidupan. terkaku berfikir arah kau hingga semua orang melewati. masa adalah satu pekara yang berjalan. kejar(masa) atau dikejar(masa) adalah hukum alam. jadi disini aku ingin ingatkan kau,kau dan juga kau

"jalan apa pun kau ambil kita tetap jumpa dihujungnya(mati)"

tapi adalah tugas manusia untuk megingatkan. jadi ingatkan. bukan arahkan atau ubahkan. sebab aku bukanlah satu manusia lalang yang bisa ditiup oleh bisikan tajam kau yang cukup halus seperti angin. jika kau temui aku tersesat di lorong hitam kehidupan. jangan berikan aku petunjuk jalan terang. tapi berikan aku kata2 berupa

"jalanlah jalan kau kerana jalan aku telah menemukan aku dengan kau(sesat)"

jika kedegilan aku menjengkelkan maka hinalah aku. kerana aku perlukan cemuhan yang akhirnya akan aku bawa jadi bekalan di sana. aku xpernah ambik kisah dengan kata2 kau kerana setiap patah kata2 kau itu mampu aku temui ditepi jalanan. kerana aku adalah pengembara kehidupan yang mencari satu erti hakiki tentang perjalanan ini. dari ceruk ke ceruk aku rasai kehidupan ini. aku adalah aku dan

"aku tidak hidup dengan pujian,dan mati dengan cemuhan"

kini kau sedar jalan yang aku ambil memang jauh menyimpang dari jalan kau. jadi? teruskan jalan kau dan aku akan teruskan jalan aku. janganlah kau jadi seperti daun yang mengikut arus,tapi jadilah ikan yang berenang bebas. dan aku harap dihujung jalan kita semua kita akan sedar yang

"hidup umpama litar dan terpulang untuk kita menjalaninya"

dan untuk penghitungan hari muka selepas mati. biarkan saja kerana tuhan maha adil dan mengasihi. kita sudah cuba yang terbaik dan itulah sebenarnya maksud kehidupan yang diberi.

................................................................................

di tujukan kepada orang-orang facebook


p/s: kepada yang kenal ketawalah sepuasnya...hahahaa

No comments:

Post a Comment