12.3.10

Bila Aku Kau dipertikaikan ?

Aku Sayang Kau


Sarcastic dan pathetic kan. Ya aku tahu tu sebab aku tulis. Ni tiada kena mengena dengan entri-entri seperti yang lepas-lepas.,sedikit pun tidak. Lagi pun ndak remaja la layan jiwang-jiwang ni...haha [liar]
Kita semua tentu tertanya-tanya kenapa aku menggunakan kata ganti nama ‘saya’ dan diikuti dengan ‘kau’ dan bukannya 'awak' yang biasa kita semua gunakan ketika berbicara dengan skandal-skandal anda sekalian kan? Itu soalan tetapi jawapan kita tidak diperlukan.


Watching. Around me, always
aku tertanya-tanya kenapa seolah-olah ada deskriminasi dalam penggunaan kata ganti nama ni, yang aku lihat, rata-rata masyarakat memandang serong bila kita menggunakan perkataan ‘aku’ berbanding ‘saya’. Aku di blog ni, seolah-olah watak lelaki yang berlagak, jahat, gedik dan kasar disebabkan aku menggunakan perkataan ‘aku’. dan aku kadang-kadang perlu berfikir 2-3 kali jika hendak menggunakan kan perkataan ‘aku/kau’ ketika berbicara dengan blogger yang berkonsepkan agama sepenuhnya.
Contoh:
Gadis X: “Assalammualaikun saudara. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Awak sungguh baik hati. Saya amat terharu dengan awak.” ( okay, start dari perkataan awak sungguh baik hati tu nampak macam aku menipu)
Aku cuba reply dengan menggunakan kan perkataan ‘aku/kau’ dan ia nampak amat kekokla bila gadis tu still menggunakan saya/awak dan aku perasan yang dia tidak suka aku menggunakan ‘aku/kau’. Bukan dia sahaja, tetapi rata-rata blogger perempuan dan yang berkonsepkan agama penuh memandang serong bila perkataan ‘aku/kau’ diguna pakai.
Adakah ‘aku/kau’ itu perkataan rude? Well i don’t think so.


Rude is in the eyes of beholder =)
Dalam masyarakat kita, bila sesorang menggunakan perkataan aku terhadap orang yang lebih dewasa dan orang yang tak dikenali, orang tu akan digelar sebagai kurang ajar. hurmm..napa ya?

Jikalau ‘aku/kau’ ni adalah perkataan yang kurang ajar, apakah motif ia diwujudkan didalam bahasa Malaysia dan dibenarkan penggunaanya dalam pelajaran? Atau pun kita lupa yang setiap kali selepas solat, ‘aku/kau’ lah yang kita gunakan untuk berbicara dengan Tuhan.
Contoh lagi:
“Ya Tuhan saya. Saya memohon kepada Mu. Ampunilah dosa saya. Saya sememangnya insan yang sering melakukan kesilapan.” #Ni hanya contoh. Tolong jangan mau jadikan isu- tidak sedap kan bunyinya? jadi, dimanakah silapnya kita dalam mengenal erti ‘aku/kau’ ini?
Mungkin kah pengaruh persekitaran yang dah tercemar dengan kekotoran serta ada kaitan dengan penipisan ozon menyebab kan kita panas-panas lalu berfikiran tidak waras?haha..
Ya. Mungkin disebabkan pengaruh persekitaran.



Seriously, honestly, aku tidak tahu kenapa gambar ni ada di sini

Termasuk beberapa lagi contoh perkataan yang dah tercemar seperti ‘main/zina’.
Contoh :
“Kau tau tidak berdosa besar main dengan perempuan?”
“Kau tau tidak berdosa besar berzina dengan perempuan?”
tengok? Bila kita gunakan perkataan zina, impak dia nampak lebih mengerunkan daripada guna perkataan main kan? tu lah yang aku mau cuba sampaikan dari tadi. Kalu masi lagi tidak faham juga memang sabar jak lah aku...uhuhu
Jadi aku harap, tidak akan ada orang yang mempertikaikan penggunaan ‘aku/kau’. Lebih-lebih lagi aku suka guna perkataan aku sebab ni lah cara aku yang aku suka gunakan termasuklah kawan- kawan aku. Ya aku tau banyak aku disitu. kamu rasa aku kisah? xD.

*kita semua sama sahaja

8 comments:

  1. ekkkk?aku kau ok jak xde beza pon..certain org je kesa doe..huhu aku rase kalu aku kau lg rase rapat an?

    ReplyDelete
  2. bahasakan diri 'kami' instead of sy or aku
    =)

    ReplyDelete
  3. hehe..bagus2..
    hubby aku pon kadang2 guna perkataan aku bila bercakap ngan aku...aku tak rasa hubby aku kuang ajo @ kasar..
    aku bercakap ngan abang aku no.2 pon guna aku kau walaupon dia bahasakan diri dia abang..dia tak cakap pon aku kuang ajo..
    kau rasa aku kuang ajo tak komen kau guna aku kau..
    hehehe..peace...

    ReplyDelete
  4. hmm "AKU" x semestinaya tidak sopan dan "SAYA" x semestinya sopan..kata gnti diri "AKU" x smstinya mncrminkn diri hati budi manusia..huhu :)
    so apa juak pngilan y d bhsakn utk diri kita e2 hak masing2 la...

    ReplyDelete
  5. nawa, farhana, syahazrizal, sintakis, mmg follower aku yg paling comel...muahah...bak kata org, tepuk dada tanya selera... xD

    ReplyDelete
  6. entah la cik Akma..sbb aku ni pelik,ganjil sbb tu la jua aku suka benda2 ganjil dan pelik.. xD

    ReplyDelete
  7. aku memg comel.ko jgn wat statement brani mati dah bilis.nt aku maken comel.susah3.

    ReplyDelete