Syukur aku dilahirkan Islam
Islamnya aku kerana kurniaan
Islamnya aku caturan Tuhan
Islam itu agama nan indah
Islam itu petunjuk arah
Islam itu mampu mengubah
Islam itu janjinya mewah
Melayu ini pekerti budiman
Melayu ini berwajah rupawan
Melayu ini berakhlak sopan
Melayu ini hakikatnya menawan
Betapa besar nikmatMu Ilahi
Melayu Islam di tanah subur ini
Tidak tersungkur dikejar peluru senjata api
Tidak diancam bom ‘pejuang’ berani mati
Tidak kebulur krisis kepincangan ekonomi
Tidak tersepit pertelingkahan dua parti
Tidak terkubur di telan gempa bumi dan gunung berapi
Betapa agung takdirMu Rabbi
Melayu Islam di bumi bertuah ini
Terbang bebas seperti helang
Tiada takut tak perlu bimbang
Poket berisi perut pun kenyang
Pemerintah adil ekonomi berkembang
Fakir miskin ramai yang sayang
HambaMu mampu bernafas tenang
Namun begitu wahai Tuhan
Melayu Islam di daerah damai ini
Semakin jauh dari landasan
Berlari pantas memintas ajaran
Melanggar meredah hukum peraturan
Asyik mengabdi tuntutan zaman
Lelaki perempuan tiada batasan
Sentuh bercumbu erat pelukan
Kain secebis hiasan badan
Singkat ketat jadi pujaan
Dadah dan arak jadi santapan
Musik hiburan dendang perasaan
Terheret terjelepuk dikaki syaitan
Cuai hanyut dariMu Tuhan
Karam dihanyut lautan perasaan
Aduhai Penciptaku Tuhan
Aku malu kerana Islam ini hanya pada nama
Melayu ini hanya pada rupa
Ikrar padaMu terus dikhianati
Ajaran Al Quran disisih ketepi
PerintahMu diabai rakus dicabuli
LaranganMu amalan setiap hari
Sunah NabiMu dipersenda diragui
Fatwa ulama dimusiumkan sepi
‘Nahi Mungkar’ tiada berfungsi
‘Amal Maaruf’ persoalan peribadi
Ya Rabbi Ya Rahman
Ya RahimKasihanilah kami, rahmatiah diri
Segelintir hambaMu,
Melayu Islam di syurga dunia ini
Walau tidak rela namun tidak berdaya
Walau membara di dada, tiada berkuasa
Walau membenci tiada upaya
Hanya padaMu, kami berserta
Lindungi kami hingga akhirnya…
*buat renungan diri aku sendiri....manusia seperti aku memang mudah lalai dan lupa dalam segala hal
*moga aku tergolong antara golongan yang sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dari yang Maha Esa....amin.....
*mood aku down
11.2.10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
damn. terasa jauh dari landasan.
ReplyDeletethanks bro!
dan semakin juah,ya Tuhan help me trought this T_T
ReplyDelete